CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 23 December 2013

Tegur - Menegur

ASSALAMUALAIKUM!!

Hi !! Selamat pagi !!

Motif aku menaip pagi2 buta ni??
Hurmm.. tadi aku dok layan fb, dok layan komen2, dok layan like2, poke2, game dan sebagainya.... :)
Time scroll2, PAPP!! Nmpak gosip pasangan artis selamat berkahwin. Ramai artis kahwin bulan ni kan.. Alhamdulillah, semoga mendapat keberkatan dan limpahan rahmat dari Allah S.W.T. Ops2!! eh aku nk share benda lain sebenarnya td.. huhuhu..sorry2...tgk la pic2 dye, cantik dua2nya..pastu gatal lak tangan aku nk tgk komen2...aku tgk banyak la yang wish sempena perkahwinan diaorang tu.. TAPI tak kurang jugak banyaknya yang mengutuk. Huhuhu... ApaPunTakBoleh...Nak wt mcm mne kan dah mmg bangsa kita macam ni..:) Kalau salah yang aku cakap ni MAAF la... tu ape yg aku nampak je...

Tapi aku TERfokus kat 1 komen ni and komen tu dapat sambutan hangat :D wow!! bravo beb!!

Opss!! Tu bukan point aku.. hahaha..
Actually, aku nk bg pendapat aku je... Aku tgk sekarang ni ramai da berubah kepada kebaikan.. ramai dah alert ngan ajaran agama islam.. Alhamdulillah..
Tapi yang aku x setuju 1 je...
If ko nampak something yang xberkenan kat mata ko tak yah la nak out spoken sgt kot... KECUALILAH BENDA YANG KO NAMPAK TU KAT DEPAN DUA BIJI MATA KO, KO BOLEH SENTUH, BAU DAN DENGAR BENDA TU..
Ni kalau setakat ko nampak kat screen laptop ko pastu ko nk komen a.k.a nasihat yang satu dunia boleh baca apa yang ko tulis tu dah la ko tulis dgn cara memerli kalau ckp baik2 tak pe la jugak... hurmmm agak2 jatuh tak air muka dia,  ko agak2 aib tak budak tu.....

Bagi aku kalau nak bagi nasihat tu biar depan2.. depan2 tu maksudnya FACE TO FACE  bukan screen to screen naa ...
Tak salah nasihat tu tapi tulah cara ko tu..haishhh, tak ada adap broo :D
kalau kau rasa dia tak beradap ko jangan la jadi macam dia.. sama2 tak beradap, maka jadilah seperti "ketam mengajar anaknya berjalan" kan kan kan...

Disebabkan aku tak pasti betul ke tak cara korang dok menasihati orang tu, jadi aku pon cari2 la kat Internet... Ni lah yang aku dapat...

"banyak ayat al-Qur'an yang menyuruh manusia supaya mengungkapkan percakapannya dengan cara sopan dan berhikmah supaya kata-kata mereka itu mendapat perhatian dan tidak menyebabkan orang lari daripada mendengarnya. Allah S.W.T. memberi garis panduan kepada Nabi Muhammad s.a.w. supaya bercakap dengan cara yang paling lembut.
Firman AllaLh S.W.T:
Maksudnya:
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad),engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (tentang kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang yang bertawakkal kepada-Nya.'
(surah Ali-Imran : 159)
AI-Quran juga memerintahkan umat Islam supaya menolak dan mencegah keburukan dengan cara yang terbaik.
Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:
Tidaklah sama antara kebaikan dengan keburukan itu maka cegahlah keburukan dengan cara yang terbaik...'

(Surah Fussilat : 34)"
Lagii ..
Sejak kebelakangan ini telah muncul sindrom orang ramai terhadap menegur kesalahan sama ada kesalahan itu dilakukan oleh individu mahupun oleh pihak berkuasa.
Teguran itu pula dilakukan melalui pelbagai media dan cara. Walaupun sindrom ini baik namun apa yang dikhuatiri jika cara yang digunakannya tidak berhikmah maka penyakit masyarakat semakin bertambah tenat. Ini kerana terdapat antara mereka orang yang tidak mengerti dan memahami cara-cara untuk mempertautkan dan memadukan hati manusia dan tidak memahami perkara~ perkara utama yang lebih bermanfaat bagi umat Islam.
AI-Quran sering menyindir golongan seperti ini lantaran kejahilan mereka menggunakan method berhikmah ketika menegur masyarakat."
#Tula yang aku dapat... panjang lagi sebenarnya, aku copy sikit je ni.. lau nak bace lebih lanjut korang gi lah kat web nihhh..

  " http://www.islam.gov.my/en/memelihara-persaudaraan-islam-adab-dan-cara-caranya "

Hurmm tu je la yang aku nk share pagi2 buta ni .... Just my Opinion..
Memang aku tak gemar cara orang yg cuba nasihati orang lain dengan cara mcm tu, bagi aku itu bukan nasihat tapi nak memalukan orang tu jee... dengan cara korang mention nama, buh foto depa... ishh, ntah lah... korang fikir sendiri la naa..

p/s: just my opinion, sorry kalau tak same dengan pemikiran korang.. yang baik dtg nya dari Allah, yang buruk ofcoz dari aku yang serba kurang ni.... adioss :)
 

1 wish eka slimm:

B3LL4 N14 said...

mohon follow aku lah balik sengal..